Jahid adalah pengurus dan perunding dari sebuah syarikat Government Link Company (GLC) dari Malaysia yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia korporat. Selain itu, Jahid adalah juga Master Trainer bagi kursus Applied Coaching, sebuah modul latihan yang dibangunkan khusus untuk syarikatnya.
Jahid juga adalah Certified Trainer dari Human Resource Development Fund of Malaysia, Certified Trainer bagi latihan The 7 Habits of Highly Effective People – Stephen Cophey, Certified Practitioner of NF NLP dan Certified Critical Thinking dari GAANS – New Zealand. Dengan kelayakan tersebut, Jahid berpengalaman mengendalikan latihan kepimpinan di peringkat korporat bermula dari peringkat Pengurusan Tertinggi Syarikat Korporat hingga ke pekerja bawahan.
Jahid juga aktif mengendalikan Coaching di peringkat korporat di samping mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun memimpin Kesatuan Sekerja mewakili lebih 4 ribu Eksekutif di seluruh negara Malaysia.
Dengan pengalaman dan latar belakang tersebut, Jahid memiliki semangat yang tinggi untuk mengajar dan mengembangkan orang lain sebagai seorang trainer dan facilitator terutama topik coaching, kepemimpinan, juga pengembangan sumber daya lainnya. Di samping itu, Jahid amat bersemangat untuk membantu para pemimpin dan pekerja dalam dunia bisnes, korporat dan pembangunan diri serta keluarga.